Wednesday, September 07, 2011

Doa untuk anak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di pinjam dari blog makcik ni who has many daughters , all of whom are doctors and solehah, …mungkin boleh guna petua untuk apply pada kita.

Doa untuk anak pendek – replace nama ilmi nadrah dgn nama anak kita.
YA, ALLAH, tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan ilmi nadhrah, ya Allah Tuhan yang mengajarkan Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada ilmi nadhrah.
Allah telah memeberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum(yg lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah KAMI berikan hikmah dan ilmu dan telah KAMI, tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya (al-Anbiya' ayat 71)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai Tuhan Nabi Muhammad S.A.W, selamatkan dia daripada kegelapan, kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepadanya dan anugerahkan kefahaman kepadanya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengetahui dari segala-galanya. Ya Allah anugerahkannya cahaya dengan cahayaMU, dan jauhkan mereka dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi dari sega-galanya. Ya Allah anugerahkan mereka kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Segala puji itu dari Allah Tuhan sekalian Alam.Amin.amin


Doa untuk anak – panjang (replace la nama Ellyyin dgn nama anak kita)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujianbagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami khususnya Elliyyin yang kini sedang menghadapi peperiksaan dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta
wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Elliyyin dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

…..-----------------------------……………………..

Secara zahir anak-anak atau sesiapa saja yang berada jauh secara ruang fizikalnya boleh kita hubungi dengan menggunakan telekomunikasi canggih yang ada kini. Sebanyak kesempatan gunakan untuk memberi kata-kata perangang dan nasihat.
Sesungguhnya hubungan roh secara spritualnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Melalui Kuasa dan KekuatanNYA sahaja kita boleh memohon DOA dan PENGHARAPAN. KEYAKINAN tuntas dariNYA perlu diberi sandaran yang Total. Bayangan muka dan jasad, mereka yang jauh, InsyaAllah kita bersama mereka sepanjang masa. Oleh itu amalan DOA adalah satu kewajipan yang perlu diamalkan selalu.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia atau baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Antara amalan-amalan doa yang banyak ditulis dalam buku-buku yang boleh dijadikan rujukan antaranya seperti berikut:

1. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

2. Bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. 

4. Doa pelembut hati - Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca 

5. Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

 --------------------------------------------------------------------------------------------

“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.” (QS. Al Israa’:82)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim
Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iatu:

1. Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah;


2. Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T;


3. Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan; dan


4. Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.


Dalam memenuhi syarat untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadat seterusnya ialah setiap pekerjaan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerja yang dilakukan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.

Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karenah dengan bersikap sabar, tekun, berwawasan dan seumpamanya. Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaitan kerja secara bersungguh-sungguh ini sehingga dijelaskan oleh Nabi S.A.W :
"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang di antara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh"(Riwayat At-Tabrani)

No comments: